Wednesday 27 April 2011

APA ITU HABBATUS SAUDA?

Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara seperti Mesir, di selatan Eropah, Syria, dan sedikit di Asia Tengah seperti di Iran dan India. Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Nama saintifiknya adalah Nigella sativa. Ia juga dikenali dengan nama Black Seeds, Habbatus Sauda/Barakah (Arab), Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu) serta banyak lagi.

Pokok Habbatus Sauda

Bunga Habbatus Sauda
 
Biji Habbatus Sauda
Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat di dalam banyak literature kuno mengenai ahli perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980-1037M) dan Al-Biruni (973-1048M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi. Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu. Minyak habbatus sauda juga dijumpai tertanam bersama mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat untuk bekalan di kehidupan lain seperti kepercayaan mereka.

No comments:

Post a Comment